Akaun abukhair.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Akuariz Skin Ease Cleanser 500ml

Akuariz Skin Ease Cleanser 500ml

Akuariz merupakan sebuah syarikat penjagaan kesihatan berasaskan gamat. Akuariz menghasilkan produk Gamat Extract, Skin Ease & Gamatherapy Cleanser. Pengasas Akuariz adalah Prof. Dato' Dr. Ridzwan Hashim. Gamat Extract merupakan produk gamat pertama di Malaysia dalam bentuk kapsul dan mendapat kelulusan dari KKM.


Prof. Dato' Dr. Ridzwan Hashim sangat dikenali dalam industri produk berasaskan gamat. Sebelum ini beliau telah menjadi tulang belakang banyak syarikat di Malaysia yang ingin menghasilkan produk berasaskan gamat. Banyak syarikat menjadikan hasil kajian beliau sebagai kekuatan dalam penjualan produk berasaskan gamat.


Sudah lebih 35 tahun beliau berkecimpung dalam kajian terhadap gamat sehingga beliau digelar Bapa Gamat Nusantara. Bukan itu sahaja, Prof. Dato' Dr. Ridzwan Hashim juga diiktiraf dalam Malaysia Book of Record sebagai orang pertama menternak gamat di Malaysia. Rujukan


Sebenarnya gamat adalah timun laut dan tidak semua timun laut itu merupakan gamat. Sifat pembiakan timun laut berbeza. Ada yang membiak secara seksual, aseksual, fusion dan autotomi. Tidak lebih 40 spesis dari lebih kurang 1,000 spesis timun laut yang boleh dijadikan bahan makanan. 3 dari itu dikenali sebagai gamat, cuma hanya 1 spesis gamat yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam produk-produk akuariz. Spesis tersebut dikenali sebagai Stichopus Horrens atau nama popular di Malaysia ialah Gamat Emas.


Sudah tiba masanya hasil kajian beliau ke peringkat seterusnya. Akuariz Gamat Extract merupakan gamat dalam bentuk kapsul pertama di dunia. Sebelum ini gamat dikenali dalam bentuk minyak gamat, air gamat dan terkini jeli gamat. Semua itu biasanya ada bahan pengawet kerana dalam bentuk cecair. Teknologi paling terkini ialah dalam bentuk kapsul dan dikatakan 100% bebas pengawet kerana ia adalah ekstrak yang kering.


Akuariz Skin Ease & Gamatherapy Cleanser difokuskan untuk penyakit kulit seperti Gatal dan Ekzema. Akuariz Skin Ease merupakan inovasi gamat bersama ikan haruan serta 7 herba terpilih agar membantu mengurangkan kegatalan kulit dan ekzema. Bila digunakan dengan kerap dan berpanjangan ia juga boleh merawat penyakit tersebut.


Untuk kesan lebih baik Akuariz Skin Ease perlu diguna bersama Akuariz Gamatherapy Cleanser kerana produk ini bebas Sabun / SLES / Paraben. Ia tidak menghasil banyak buih namun dapat membersihkan dengan baik berbanding sabun mandian biasa. Sungguh sesuai untuk kulit sensitif seperti ekzema dan gatal.


Kesimpulannya Akuariz telah meletakkan gamat ke aras yang tinggi dalam industri penjagaan kesihatan terutamanya berkaitan kulit. 100% buatan Malaysia patut menjadi kebanggan kita. Akuariz Gamat Extract, Skin Ease & Gamatherapy Cleanser merupakan produk yang lengkap untuk luar dan dalam badan. Sesuai untuk digunakan dalam kehidupan seharian.


Gamat Extract untuk dalaman. Skin Ease untuk sapuan luaran. Gamatherapy Cleanser pula untuk mandian dan basuhan. Bukankah ini kombinasi yang bagus?


Sesi Q & A berkaitan Gamat Extract:- 

Bersama Prof. Dato' Dr Hj Ridwan Hashim (Bapa Gamat Nusantara)


1) APAKAH MANFAAT KESIHATAN YANG BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA SPESIS GAMAT YANG BETUL?


JAWAPAN: Kajian tentang Stichopus Horrens mendapati spesies ini mendatangkan pelbagai manfaat kesihatan, dan secara khususnya baik untuk membantu:


-> radang sendi dan tulang

-> memperbaiki pengaliran darah dlm tubuh

-> mempercepat penyembuhan luka

-> pengurusan kolesterol secara umum

-> memperkuat sistem imun tubuh


2) ADAKAH SELAMAT UNTUK MENGAMBIL GAMAT? TERUTAMA GAMAT EMAS (Stichopus Horrens)?


JAWAPAN: Selamat - terdapat kajian penuh toksisiti akut dan kronik bagi menjamin keselamatan produk


3) BAGAIMANAKAN BOLEH SAYA YAKINKAN DIRI BAHAWA SAYA MENGAMBIL SPESIS GAMAT YANG BETUL SETIAP KALI?


JAWAPAN: Produk ini dihasilkan dibawah pemantauan oleh saya (Prof. Dato' Dr. Ridzwan Hashim) dan rakan sekumpulan saya yang merupakan perintis dalam pencaman spesies gamat berdasarkan kajian DNA.


4) BAGAIMANAKAH BOLEH SAYA BERASA PASTI BAHAWA NILAI NUTRISI GAMAT DAPAT DIKEKALKAN SETELAH PEMPROSESAN?


JAWAPAN: Produk ini mengandungi ekstrak gamat yang dikapsulkan - oleh itu kandungan bahan bio-aktif kekal dalam bentuk semulajadi.


5) BAGAIMANA BOLEH SAYA TAHU BAHAWA SAYA MENGAMBIL DOS GAMAT YANG BETUL UNTUK MEMBANTU SAYA MENIKMATI KHASIAT GAMAT DALAM WAKTU JANGKA PANJANG?


JAWAPAN: Tidak seperti produk-produk lain, Kapsul Gamat AkuaRiz telah terbukti secara saintifik dan telah diformulasikan untuk mengandungi dos 67 mg gamat yang terbukti berkesan dalam setiap kapsul.


6) APAKAH IA BEBAS DARIPADA BAHAN PENGAWET?


JAWAPAN: Ya, ianya 100% bebas daripada bahan pengawet. Tiada bahan pengawet diperlukan memandangkan ianya adalah ekstrak kering yang dikapsulkan. Kilang GMP kami & teknik pemprosesan yang unik memastikan pemprosesan cecair sehingga ekstrak menjadi bentuk serbuk dan pemprosesan akhir membentuk kapsul, bebas bahan pengawet.




Ingin beli secara Combo bersama produk lain?

Combo 2 Unit : Klik Sini
Combo 3 Unit & ke atas : Klik Sini

Nak lagi murah?
Daftar sebagai Ejen sekarang! : Klik Sini


Whatsapp